Aku seorang gadis yang sangat jahil..

Namun aku pernah berfikir untuk berubah satu ketika dulu.. Aku duduk dipersimpangan melihat seorang gadis melintasi..

"Tak panas pakai mcm ni?" (jubah tudung labuh)

"Tak panas awak, Allah sentiasa melindungi kita taw"..

Terdiam.. Lama aku termenung. Dalam hati..

Allah, aku mahu begitu juga..

Allah aku mahu Engkau..

Bantu lah aku ya Allah..

Aku keseorangan.. Aku takut, mati tak sempat taubat!

Waktu tu, aku betul2 nak mulakan semula hidup aku yang dah lama terumbang ambing..

Belajar kembali satu persatu..

Namun aku tidak kuat..

Sentiasa goyah dengan dugaan..

Habis sahaja belajar, aku selalu melarikan diri dari kawan2..

Aku malu, dan aku terkesan bila kawan aku sendiri cakap,

"Kiamatlah kalau kau berubah"..

Teruk sangat aku?...

Aku mula buang ego, sifat baran dan semua yang negatif ..

Aku tutup kesemua account Fb, insta.. Dan sebenarnya itu sahaja media sosial aku punya..

Aku tukar no tel dan terus kehadapan..

Mulanya terjadi apabila aku pergi ke DIY..

Ternampak handsock..

Nak try try, tapi .. Emm ok aku capai sehelai. Dan terus pakai.. Waktu tu aku keluar berbaju kurung sebab baru balik kenduri kawan kelas..

Alang2 pakai lah terus handsock..

Allah. Lain macam. Rasa selamat sangat tangan aku.. Sejuk dan entahlah. Tak terkata..

Sejak dari hari itu, aku tak pernah tinggal untuk memakai handsock..

Lama aku mengambil masa untuk berubah. Esoknya aku pergi ke kusus di Shah Alam.. Anjuran Tadika..

Allahurobbi.. Hampir semua gadis/wanita menutup aurat dengan sempurna..

Aku tenung sorang demi seorang wajahnya bersih..

Allah, aku inginkan begitu..

Bila aku pulang............

-bersambung-

Back to home page