بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah ya Tuhan ku yang Maha Esa ..

Segala puji bagiMu tuhan sekalian Alam..

Sungguh diri ini bersyukur kerana masih punya nafas yang panjang dibumi mu.. sungguh aku bersyukur atas nikmat yang Engkau beri..



Ya Allah.. aku hambaMu yang cukup cukup lemah. Tak daya berdiri tanpa bantuanMu Ya Allah.. pimpinlah aku kejalan yang lurus ya Allah.. se sungguh nya aku adalah insan yang beruntung dikurniakan ibu ayah dan keluarga serta bakal suami yang sangat memahami diri ini.



Ya Allah.. hanya padaMu tempat aku mengadu.. tempatku luahkan segala rasa perasaan di dalam jiwa.. aku diuji kerana Engkau tahu aku mampu .. kerana Engkau mahu aku merintih.. dan aku xkan pernah putus asa untuk menghadapMu ya Allah..



Ya Allah.. sihatkan lah ibu ku.. ayah ku.. tunangku.. mereka sangat penting bagi hidupku ini.. aku perlukan mereka yaAllah. Berilah waktu dan masa untuk ku tebus kesilapan dulu.. berilah aku masa untuk merasa bahagia selepas bernikah.. panjangkan umur mereka ya Allah.. aku tak mahu kehilangan mereka.. aku takut...

Back to home page